Apa Beza Marketing dan Sales? Fahami Tujuan Utama.
Apa Beza Marketing dan Sales? Fahami Tujuan Utama Marketing Dalam Bisnes dan Cara Marketing Untuk Bisnes Tempatan
Marketing dan sales ialah komponen bisnes yang perlu jalan seiring. Cara lama ialah set up kedai dan segala kelengkapan operasi, buka kedai mengikut tempoh masa tertentu dan audiens akan berjalan masuk. Di kawasan tumpuan ramai, ia berkesan.
Dalam dunia moden dimana crowd tidak fokus pada satu tempat, bahkan banyak di atas jalan atau hanya berada dirumah, marketing menjadi cabaran terbesar untuk kekal bersaing dalam pasaran.
Marketing hari ini lebih kepada menyampaikan mesej, membina minat dan kepercayaan serta menarik audience membeli melalui saluran pembelian tertentu.
Dalam dunia moden, marketing bukan sekadar promosi dan iklan semata, tetapi menjadi sebuah sistem membina kehadiran, membentuk persepsi, dan menjana pertumbuhan bisnes melalui mesej yang disampaikan.
Apa Beza Marketing dan Sales
Maksud Marketing
Marketing ialah proses panjang dalam usaha menarik perhatian audiens, membina kesedaran jenama, mendidik pelanggan, dan mewujudkan permintaan terhadap produk atau servis melalui platform utama seperti Google, Facebook dan Tiktok.
Fokus utama marketing:
- Brand awareness
- Lead generation
- Positioning
- Customer trust
- Long-term growth
Maksud Sales
Sales ialah proses menukar audiens dan prospek kepada pembeli melalui komunikasi langsung, teknik closing, dan transaksi. Ia juga bertujuan meningkatkan client engagement untuk menjana jualan seterusnya.
Fokus utama sales:
- Conversion
- Closing deal
- Revenue generation
- Customer acquisition
- Sales data collection
Perbezaan Mudah
Marketing:
“Kenapa pelanggan patut kenal dan percayakan anda?”
Sales:
“Kenapa pelanggan patut beli sekarang dan masa depan?”
Analogi Mudah
Marketing membuka pintu.
Sales menutup transaksi.
Bila marketing kuat, sales jadi lebih mudah, murah, dan konsisten.
Laman Media:
Artikel Berkaitan:
Tujuan Marketing Dalam Bisnes
1. Konsisten Membina Kesedaran Jenama
Marketing memastikan audiens tahu kewujudan bisnes anda. Tanpa business visibility, produk bagus sekalipun akan sukar dijual.
2. Menarik Pelanggan Berkualiti
Strategi pemasaran membantu dapatkan sasaran pelanggan yang lebih tepat berdasarkan keperluan, lokasi, dan minat.
3. Membina Kepercayaan
Kandungan berkualiti, ulasan pelanggan, SEO, dan social proof meningkatkan keyakinan pengguna.
4. Mengurangkan Kos Mendapatkan Pelanggan
Pelanggan yang sudah percaya lebih mudah ditukar menjadi pembeli tanpa hard selling berlebihan.
5. Membina Nilai Jangka Panjang
Marketing bukan sekadar jual hari ini, tetapi juga membina pembeilan ulangan, menjamin revenue dan profit langsung kepada bisnes anda.
Cara Marketing Bantu Bisnes Tempatan
1. Tingkatkan Kehadiran di Google
Local SEO, Google Business Profile, dan reviews membantu Google cadangkan bisnes anda kepada audience dengan lebih baik.
2. Gunakan Media Sosial Sebagai Bukti Kehadiran
Konsisten membina awareness Facebook, Instagram, dan TikTok melalui strategi terancang menunjukkan bisnes aktif, relevan, dan dipercayai.
3. Tarik Pelanggan Berdasarkan Lokasi
Cadangan bisnes dalam top 3 packs Google Maps dan kandungan lokal membantu bisnes tempatan bersaing walaupun bajet kecil.
4. Bina Reputasi Komuniti
Strategi marketing dalam carian tempatan membantu word-of-mouth digital melalui review, share, dan engagement.
5. Stabilkan Jualan
Bila visibility business meningkat, pelanggan baru datang dan pelanggan lama kekal lebih konsisten.
Kesilapan Biasa Pemilik Bisnes “Saya perlukan sales, bukan marketing.”
Hakikatnya, mengharapkan sales datang tanpa usaha konsisten lakukan marketing dalam persaingan dunia bisnes hari ini dan terlalu bergantung kepada usaha manual, harga murah, atau hard closing.
“Saya post tapi tiada hasil.”
Posting tanpa strategi biasanya tenggelam lautan posting. Oleh itu bisnes perlu jelas dalam pelbagai aspek sebelum proses marketing berjalan untuk memastikan ia mampu jana pulangan yang lebih baik.
“Bisnes kecil tak perlu branding.”
Proses bina kepercayaan audiens menjadi sukar tanpa jenama. Bisnes kecil dan sederhana lebih perlukan penjenamaan kerana kepercayaan ialah aset utama dalam bisnes
Formula Ringkas
Marketing = Business Visibility + Trust + Demand
Sales = Conversion + Revenue
Bisnes yang berkembang biasanya memahami bahawa marketing mencipta peluang, sales memaksimumkan peluang.
Bersaing dalam dalam pasaran kompetitif hari ini tuntut banyak komitmen lain hanya untuk memastikan bisnes kekal bersaing.
Akhir Kalam
Marketing bukan sekadar menjual, tetapi juga membina sistem berkesan supaya pelanggan datang dengan lebih bersedia.
Bila pemilik bisnes faham tujuan utama marketing dalam bisnes serta pelbagai kaedah marketing, mereka boleh jana jualan yang lebih baik untuk pertumbuhan jangka panjang.
Semoga boleh beri penjelasan mengenai apa beza marketing dan sales kepada anda.
