15 Cabaran Marketing Hari Ini
Cabaran Marketing Hari Ini
Marketing hari ini tidak lagi sekadar soal menghasilkan iklan, memasang poster, membuat hantaran di media sosial atau menunggu pelanggan datang. Cara pelanggan mencari maklumat, membandingkan pilihan dan membuat keputusan pembelian telah berubah dengan ketara.
Sebuah bisnes boleh mempunyai produk yang baik, harga yang kompetitif dan pengalaman operasi yang bagus, tetapi masih sukar ditemui oleh pelanggan yang sedang mencari penyelesaian.
Masalahnya bukan semata-mata kurang promosi.
Cabaran marketing hari ini lebih besar: bagaimana memastikan bisnes ditemui, difahami, dipercayai dan dipilih dalam persekitaran digital yang semakin sesak.
Kepelbagaian Pilihan Sebelum Pelanggan Membeli.
Pelanggan hari ada pelbagai pilihan. Dan mereka mencari info lengkap seperti kualiti dalam servis, harga, lokasi, sebelum membeli.
Mahu makan, order makan melalui Grab, Panda atau Shopee Food lebih mudah dari pergi kedai.
Parking, trafik jem dan paling penting ialah jimat masa. Tapi akhirnya, dapat makan juga.
Mahu cari barang spesifik? Shopee, Lazada, eBay atau Ali Ex memudahkan.
Tinggal skrol, pilih dan bayar. Cukup masa, barang sampai.
Wujud dalam platform bukan sekadar ada. Kredibiliti tidak terbina dalam masa singkat.
1. Persaingan Semakin Mudah Dilihat
Dahulu, persaingan mungkin hanya datang daripada bisnes yang berada dalam kawasan yang sama.
Hari ini, pelanggan boleh membandingkan puluhan bisnes dalam masa beberapa minit melalui Google, Google Maps, media sosial, marketplace, laman web dan platform lain.
Ini menyebabkan kehadiran sahaja tidak mencukupi.
Bisnes perlu mempunyai sebab yang jelas mengapa pelanggan perlu memberi perhatian kepada mereka.
2. Pelanggan Tidak Terus Membeli
Perjalanan pelanggan semakin kompleks dengan pelbagai maklumat tersedia dalam pasaran. Dan membuat keputusan akhir biasanya melalui lapisan prosestertentu sebelum setuju membeli.
Seseorang itu mungkin:
- Menyedari masalah.
- Mencari maklumat di Google.
- Melihat beberapa laman web.
- Membaca ulasan.
- Melihat kandungan media sosial.
- Membandingkan harga.
- Bertanya kepada AI.
- Melihat semula jenama tersebut beberapa hari kemudian.
- Barulah membuat keputusan.
Maka, satu iklan atau satu hantaran media sosial tidak semestinya cukup untuk menghasilkan pelanggan.
Marketing perlu hadir sepanjang perjalanan tersebut. Dan ia menjdai cabaran marketing hari ini.
3. Mendapat Perhatian Semakin Sukar
Jumlah kandungan yang diterbitkan setiap hari sangat besar.
Bisnes kini bukan sahaja bersaing dengan pesaing secara langsung. Mereka turut bersaing dengan pencipta kandungan, media, influencer, marketplace dan kandungan yang dijana menggunakan AI.
Akibatnya, kandungan biasa semakin mudah tenggelam.
Persoalan penting bukan lagi:
“Berapa banyak kandungan yang kita boleh hasilkan?”
Sebaliknya:
“Adakah kandungan kita mempunyai sebab untuk ditemui dan diberi perhatian?”
Itu cabaran marketing hari ini.
4. Kebergantungan Kepada Platform
Banyak bisnes membina keseluruhan pemasaran mereka di atas satu platform.
Contohnya, semua pelanggan datang daripada Facebook atau TikTok.
Masalahnya, platform bukan milik bisnes tersebut. Tiada kawalan penuh terhadap platform. Risiko kon terbalik (sekatan) sentiasa ada.
Algoritma boleh berubah. Capaian boleh berubah. Format kandungan boleh berubah. Akaun juga boleh menghadapi sekatan atau masalah teknikal.
Sebab itu marketing yang lebih kukuh perlu mempunyai aset yang dimiliki sendiri seperti:
- laman web
- database pelanggan
- Google Business Profile
- kandungan evergreen
- senarai email
- data pelanggan yang sah
- reputasi digital
Media sosial boleh menjadi saluran mendapatkan perhatian. Ia tidak semestinya sesuai dijadikan platform utama kepada asas keseluruhan sistem marketing.
Kunci utama ialah kawalan menyeluruh terhadap aset yang dimiliki. Dan kawalan itu beri leverage dan unfair advantage kepada entiti bisnes.
Standard Of Procedure (SOP) bantu bisnes you membina kredibiliti dengan jelas. Victory Loves Preparation. Bersedia dari awal lebih baik dari buat kerja last minit.
Unique Selling Proposition (USP) bantu bisnes you cipta kelainan dan keunikan dalam persaingan bisnes yang semakin kompetitif.
5. Kos Mendapatkan Pelanggan Semakin Meningkat
Mendapatkan perhatian pelanggan mempunyai kos.
Kos tersebut tidak percuma dan bukan wang semata.
Ia boleh berupa:
- masa
- tenaga
- kandungan
- tenaga kerja
- kos teknologi
- kos pengiklanan
- kos pengurusan platform
Bila kos mendapatkan pelanggan memerlukan terlalu banyak sumber untuk diperoleh, model marketing menjadi tidak relevan dan sukar untuk dikekalkan.
Sebab itu pemilik bisnes perlu memikirkan bukan hanya bagaimana mendapatkan pelanggan, tetapi bagaimana membina sistem yang terus menghasilkan nilai daripada aset marketing yang telah dibina.
6. Membina Kepercayaan Menjadi Faktor Utama
Pelanggan mempunyai lebih banyak pilihan dan lebih banyak maklumat.
Mereka boleh menyemak:
- ulasan pelanggan
- profil syarikat
- pengalaman pelanggan terdahulu
- laman web
- media sosial
- gambar premis
- maklumat produk
- kepakaran pemilik
- kandungan yang diterbitkan
Marketing yang hanya memberitahu “kami terbaik” semakin kurang bermakna tanpa bukti.
Kepercayaan lebih mudah dibina melalui perkara yang boleh diperiksa.
Contohnya:
- hasil kerja
- kajian kes
- testimoni
- portfolio
- penerangan proses
- pengalaman
- kelayakan
- dokumentasi
- bukti pelanggan sebenar
7. SEO Tidak Lagi Terhad Kepada Google
Search behaviour telah berkembang. Pelanggan boleh mencari maklumat melalui Google, Google Maps, YouTube, TikTok, Reddit, marketplace dan platform sosial.
Kini muncul pula penggunaan enjin generatif dan AI untuk mendapatkan jawapan. Perubahan ini menjadikan konsep seperti Generative Engine Optimization (GEO) semakin relevan dalam perbincangan pemasaran digital.
Bisnes perlu memikirkan bagaimana maklumat tentang mereka boleh ditemui, difahami dan digunakan oleh pelbagai sistem carian serta platform.
Ini lebih luas daripada sekadar mengejar ranking satu kata kunci.
8. AI Menjadikan Penghasilan Kandungan Lebih Mudah
AI menjadi medium utama untuk menghasilkan kandungan. Sesiapa sahaja boleh menghasilkan artikel, imej, video, iklan dan pelbagai bentuk kandungan dengan lebih pantas.
Tetapi terdapat satu masalah baharu.
Bila semua orang boleh menghasilkan kandungan dengan mudah, jumlah kandungan meningkat lebih cepat daripada nilai kandungan tersebut.
Maka kelebihan bukan semata-mata terletak pada siapa yang mempunyai AI.
Kelebihan semakin bergantung kepada:
- data sebenar
- pengalaman
- kepakaran
- sudut pandang
- bukti
- pemahaman pelanggan
- sistem penerbitan
- keupayaan menukar perhatian kepada tindakan
- strategi dan gameplay jangka panjang
AI mempercepatkan prose penghasilan kandungan untuk kerja marketing. Ia tidak secara automatik mencipta kepercayaan atau reputasi.
9. Data Marketing Boleh Menjadi Berpecah
Bisnes mungkin mempunyai data di banyak tempat:
- Google Analytics
- Google Search Console
- Google Business Profile
- Social Media Utama
- CRM
- WhatsApp Business
- sistem jualan
- laman web
Masalahnya, data tersebut sering tidak disatukan.
Akhirnya pemilik bisnes tahu jumlah tontonan tetapi tidak tahu dengan jelas:
Tontonan tersebut menghasilkan apa?
Marketing yang matang perlu menghubungkan aktiviti kepada hasil perniagaan.
Antara perkara yang perlu diperhatikan ialah:
Visibility → Traffic → Engagement → Leads → Sales → Retention
Dengan struktur ini, marketing boleh dianalisis sebagai sistem, bukan sekadar jumlah likes dan views.
10. Sukar Membezakan Marketing Daripada Aktiviti Biasa
Satu lagi cabaran marketing hari ini ialah banyak bisnes melakukan marketing secara tidak tersusun.
Hari ini Facebook.
Esok TikTok.
Lusa artikel.
Kemudian Google Business Profile tidak dikemas kini selama beberapa minggu.Kemudian membuat video secara rawak. Aktiviti memang berlaku, tetapi tidak semestinya membentuk sistem.
Marketing memerlukan hubungan antara:
Positioning → Visibility → Content → Trust → Conversion → Retention
Tanpa hubungan tersebut, banyak tenaga boleh digunakan tanpa membina aset yang semakin kuat dari masa ke masa.
11. Pelanggan Semakin Bijak Membandingkan
Pelanggan hari ini boleh melakukan penyelidikan sendiri.
Mereka tidak perlu bergantung sepenuhnya kepada apa yang dikatakan oleh penjual.
Mereka boleh mencari:
“Harga servis ini berapa?”
“Apa masalah yang biasa berlaku?”
“Syarikat mana yang menyediakan servis ini?”
“Adakah syarikat ini boleh dipercayai?”
“Apa pengalaman pelanggan lain?”
Da itu menjelaskan kenapa marketing perlu menjawab soalan pelanggan sebelum mereka bercakap dengan jurujual.
Kandungan laman web bukan lagi sekadar bahan promosi.
Ia berfungsi sebagai sistem penerangan dan pendidikan pelanggan serta medium penyampaian mesej yang efektif dan signifikan kepada bisnes.
12. Marketing Dan Operasi Tidak Boleh Terpisah
Marketing mungkin berjaya mendapatkan pelanggan.
Tetapi bila operasi gagal memenuhi janji yang dibuat oleh marketing, reputasi akan terjejas.
Contohnya:
Marketing menjanjikan respon pantas.
Operasi mengambil masa tiga hari.
Marketing menjanjikan proses profesional.
Pelanggan menerima pengalaman yang tidak konsisten.
Marketing menjanjikan kualiti.
Produk atau servis tidak sepadan dengan persepsi tersebut.
Sebab itu marketing perlu selari dengan operasi.
Janji marketing mesti boleh dihantar oleh operasi.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.
13. Cabaran Terbesar Bukan Dapatkan Trafik/Views
Trafik dan views bukan matlamat akhir. 100,000 views tidak semestinya lebih bernilai daripada 1,000 orang yang benar-benar mempunyai masalah yang boleh diselesaikan oleh bisnes.
Persoalan yang lebih penting ialah:
Siapa yang melihat?
Mengapa mereka datang?
Apa yang mereka perlukan?
Apa yang mereka lakukan selepas melihat kandungan?
Berapa ramai yang menjadi prospek?
Berapa ramai yang menjadi pelanggan?
Marketing perlu dinilai berdasarkan hubungannya dengan objektif perniagaan.
14. Marketing Memerlukan Aset Jangka Panjang
Antara kesilapan biasa ialah menganggap marketing sebagai aktiviti yang perlu dilakukan setiap hari tetapi tidak meninggalkan apa-apa aset.
Sebaliknya, marketing yang lebih berstruktur boleh membina aset seperti:
- artikel;
- halaman servis;
- kajian kes;
- portfolio;
- profil Google;
- video;
- database pelanggan;
- email list;
- reputasi;
- backlink;
- kandungan media sosial;
- dokumentasi kepakaran.
Aset tersebut boleh terus memberikan nilai selepas kerja asal selesai.
Inilah perbezaan antara aktiviti marketing dengan infrastruktur marketing.
15. Cabaran Marketing Hari Ini Adalah Visibility
Pada akhirnya, banyak cabaran moden dalam marketing berkait dengan satu persoalan:
Bolehkah pelanggan yang memerlukan sesuatu menemui bisnes yang mampu menyelesaikan masalah mereka?
Visibility bukan sekadar berada di Google.
Ia merangkumi bagaimana bisnes muncul dan difahami merentasi pelbagai titik sentuhan pelanggan.
Contohnya:
Search Engine → Google Maps → Website → Social Media → AI/Generative Search → Reviews → Conversion
Setiap saluran memainkan fungsi yang berbeza.
Marketing moden memerlukan penyelarasan antara saluran tersebut supaya pelanggan menerima maklumat yang konsisten dan mempunyai laluan yang jelas daripada pencarian kepada tindakan.
Marketing Hari Ini Memerlukan Sistem
Cabaran marketing hari ini bukan semata-mata kekurangan platform. Platform sudah terlalu banyak. Cabaran sebenarnya ialah bagaimana mengurus semuanya secara strategik tanpa membazirkan masa, wang dan tenaga.
Bisnes perlu mengetahui:
- siapa pelanggan yang hendak dicapai;
- masalah apa yang mereka cari;
- di mana mereka mencari maklumat;
- apa yang menyebabkan mereka percaya;
- kandungan apa yang membantu mereka membuat keputusan;
- bagaimana mereka boleh menghubungi bisnes;
- bagaimana prospek ditukar menjadi pelanggan;
- bagaimana pelanggan dikekalkan;
- dan bagaimana semua aktiviti tersebut boleh diukur.
Marketing yang kukuh bukan sekadar “buat content.”
Ia ialah sistem untuk membina visibility, trust dan conversion secara berterusan.
Dalam persekitaran digital yang semakin kompetitif, bisnes yang hanya mengejar perhatian mungkin sentiasa perlu bermula semula.
Sebaliknya, bisnes yang membina aset visibility secara konsisten mempunyai peluang untuk menjadikan setiap kandungan, halaman, ulasan, kajian kes dan bukti kerja sebagai sebahagian daripada infrastruktur pemasaran jangka panjang.
