apa itu marketing nazmi solution

Apa Itu Marketing dan Kenapa Ia Signifikan Kepada Bisnes?

Marketing zaman now kompetitif. Pelanggan membeli selepas membuat kajian melalui pelbagai maklumat tersedia online.
Tak “strong” online dalam bentuk tiada update terbaru, reviews tiada reply, servis tak capai standard semuanya menjadi cabaran besar kepada pemilik dan operator bisnes untuk kekal kompetitif dalam persaingan mendapatkan pelanggan, disamping mengekalkan pelanggan sedia ada.

Pasaran hari ini terbuka luas. Target market juga berubah. Sesi Live di Tiktok, Facebook dan YouTube membina awareness dan seterusnya bawa ke platfom ecommerce untuk pembelian. Nampak mudah, kan? Realitinya tak semudah itu.
Banyak faktor yang nampak kecil tapi sebenarnya sangat terkesan bila diperhalusi.

Penjenamaan, kepercayaan, kualiti produk, harga dan masalah yang mahu diselesaikan antara faktor utama menentukan kelangsungan bisnes. Ia tidak terjadi overnight, runtuh hanya sekelip mata. Itu fakta.

Apa Itu Marketing?

Marketing ialah proses memperkenalkan jenama, produk, perkhidmatan dan nilai yang dibawa. Ia adalah proses panjang berterusan dalam memahami keperluan pelanggan, mencipta nilai melalui produk atau perkhidmatan, menetapkan harga, mempromosikan, dan mengedarkannya. Ia bukan hanya “menjual”, tetapi juga membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

Matlamat utama marketing ialah membawa jenama naik seiring mencipta nilai untuk pelanggan dan membina hubungan yang kukuh, supaya perniagaan  memperoleh nilai balik seperti jualan, keuntungan, kesetiaan pelanggan, dan reputasi jenama.

Antara matlamat khusus marketing termasuk:

  • Meningkatkan kesedaran terhadap jenama atau produk

  • Menarik pelanggan baru

  • Mengekalkan pelanggan sedia ada

  • Meningkatkan jualan dan bahagian pasaran

  • Membina kepercayaan dan citra jenama yang positif

  • Memahami pasaran dan persaingan

  • Mengurangkan risiko produk tidak diterima pelanggan

Apa Itu Marketing : Bukan Sekadar Iklan

Marketing bertindak sebagai medium membawa mesej kepada pelanggan mengenai bisnes. Silap perkiraan, jenama terpalit review negatif.
Kempen iklan akan berkesan bila sistem operasi bisnes bersedia menyerap tsunami order.

Marketing bermula dengan kajian mengenai keperluan pelanggan dan menjadi asas strategi 

Proses seterusnya melibatkan beberapa langkah seperti:

  1. Target market – memahami masalah dan kehendak pelanggan dengan spesifik.

  2. Pemilihan platform – Menyesuaikan target market dan kaedah yang diperlukan.

  3. Jenis mesej – Penyesuaian keperluan pasaran dan target market.

  4. Keperluan strategi – membentuk persepsi pasaran.

  5. Penghantaran produk – memastikan shipment mengikut jadual.

Marketing adalah sebahagian daripada strategi keseluruhan perniagaan. Ia menjadi cabaran marketing untuk muncul dan deliver dengan konsisten kepada pelanggan.

Apa Itu Marketing : Memahami Peranan Inbound dan Outbound Marketing

Marketing adalah usaha menyeluruh untuk memperkenalkan, membina, dan mengembangkan jenama melalui strategi yang tepat. Secara ringkas, terdapat dua pendekatan utama iaitu inbound marketing yang menekankan pada menarik pelanggan dengan konten berkualiti dan pengalaman relevan, serta outbound marketing yang menggunakan cara tradisional seperti iklan, panggilan telefon, dan promosi langsung. Kedua-duanya saling melengkapi dalam membantu perniagaan mencapai audiens sasaran dan meningkatkan keberkesanan pemasaran.

Website wajib ada sebagai alat memperkenalkan bisnes. Dalam konteks marketing, website bukan sekadar “kad nama digital”. Ia adalah platform yang menyokong keseluruhan proses pemasaran: memperkenalkan jenama, mendidik pelanggan, menjana leads, menjual produk, dan mengukur hasil kempen.

Website yang ‘function’ membantu perniagaan:

  • Menunjukkan identiti, produk, perkhidmatan, dan nilai jualan dengan jelas

  • Membina kepercayaan melalui maklumat lengkap, testimoni, dan reka bentuk profesional

  • Menjadi destinasi untuk trafik daripada Google, media sosial, iklan, dan e-mel

  • Menukar pelawat menjadi pelanggan melalui borang, butang WhatsApp, tempahan, atau pembelian dalam talian

  • Mengumpul data pelanggan untuk memperbaiki strategi marketing

inbound marketing strategi jangka panjang

Inbound Marketing adalah menyediakan sebuah platform khusus yang bersedia menerima dan memenuhi keperluan user melalui website atau social media atau Google Business Profile. Layer pertama bakal pelanggan masuk dimasa mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Outbound Marketing

Fokus utama Outbound Marketing adalah membawa bisnes kepada pelanggan dengan cepat melalui iklan dalam pelbagai platform, offline dan online.
Teknologi hari ini bergerak laju. Trend berubah sekelip mata.

Apa Itu Marketing : Kenapa Ia Penting Kepada Bisnes?

Tanpa marketing, sesebuah bisnes akan tenggelam dalam persaingan. Berikut beberapa sebab utama kenapa marketing sangat penting.

1. Membantu Pelanggan Menemui Perniagaan

Marketing memastikan perniagaan mudah ditemui oleh pelanggan. Ini boleh berlaku melalui pelbagai saluran seperti:

  • enjin carian

  • media sosial

  • cadangan pelanggan

Apabila pelanggan mencari sesuatu penyelesaian, marketing membantu perniagaan muncul sebagai pilihan.

2. Membina Kepercayaan Pelanggan

Marketing yang konsisten membantu membina kepercayaan. Apabila pelanggan kerap melihat kandungan, maklumat, atau ulasan berkaitan sesuatu jenama, mereka lebih yakin untuk membeli.

Kepercayaan ini biasanya dibina melalui:

  • kandungan yang memberi nilai

  • testimoni pelanggan

  • kehadiran jenama yang konsisten

3. Meningkatkan Jualan

Tujuan utama marketing ialah menghubungkan produk dengan pelanggan yang memerlukannya. Apabila strategi marketing tepat, peluang jualan akan meningkat secara semula jadi.

Marketing yang baik bukan sekadar menarik perhatian, tetapi juga menggerakkan pelanggan untuk membuat keputusan membeli.

4. Membantu Perniagaan Berkembang

Marketing juga memainkan peranan penting dalam pertumbuhan perniagaan. Melalui strategi yang betul, sesebuah syarikat boleh:

  • memasuki pasaran baru

  • menarik pelanggan baru

  • mengekalkan pelanggan sedia ada

Tanpa marketing yang terancang, perkembangan ini akan menjadi sangat perlahan.

Apa Itu Marketing : Contoh Visibility Digital

Hari ini, banyak perniagaan menggunakan kaedah digital marketing untuk menarik pelanggan. Antara contoh yang paling biasa ialah:

Gabungan strategi ini membantu perniagaan menjangkau lebih ramai pelanggan secara konsisten.

Akhir Kalam

Memahami apa itu marketing bukan sekadar teori, tetapi asas penting untuk mengembangkan perniagaan dalam dunia digital yang semakin kompetitif.
Kesimpulannya, marketing adalah usaha bersepadu untuk mencipta nilai, membina hubungan, dan memastikan kelangsungan perniagaan.